Petugas kesihatan mengambil sampel darah peserta program Selangor Saring di Hotel Grand Sabak, Sabak Bernam pada 28 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Saringan percuma di Kota Kemuning, Seri Kembangan hujung minggu ini

SHAH ALAM, 7 SEPT: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri diteruskan lagi ke dua lokasi sekitar Petaling pada 10 dan 11 September ini.

Pada Sabtu, program berlangsung di Dewan Vanilla Kota Kemuning manakala Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya Putra Permai, Seri Kembangan pada Ahad.

Menurut EXCO kesihatan awam, program Selangor Saring membantu orang ramai mengesan awal penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan barah payudara.

“Jika anda tinggal berdekatan Petaling, anda boleh jalani saringan kesihatan di program Selangor Saring secara percuma di lokasi yang tertera,” kata Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Beliau turut berkongsi kaedah pendaftaran seperti berikut:

1. Muat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)
2. Tekan butang Selangor Saring
3. Isi borang soal selidik
4. Pilih lokasi dan tarikh

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Selain mengesan barah payudara, program hingga 4 September turut menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Untuk maklumat lanjut, layari https://selangorsaring.selangkah.my/.


Pengarang :