Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Selangor antara lima negeri diramal ribut petir pada cuti Hari Malaysia

SHAH ALAM, 15 SEPT: Selangor diramal hujan atau ribut petir pada sebelah pagi dan petang esok sempena cuti Hari Malaysia manakala cuaca kembali normal pada malamnya.

Menurut info grafik Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri lain yang mengalami keadaan sama ialah Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis dan Kedah pula diramalkan cerah sepanjang hari, manakala Sabah dilanda hujan atau ribut petir dari pagi sehingga malam.

Sementara itu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak diramal cerah pada paginya dan dilanda hujan atau ribut petir pada petang sehingga malam. Pulau Pinang dan Labuan hujan atau ribut petir pada sebelah pagi sahaja.

“Rancang cuti anda dan berhati-hati di jalan raya,” tulisnya di Facebook.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :