Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau kawasan perumahan ketika Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kos Rendah di Taman Sungai Yu Indah, Kuala Selangor pada 12 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor bina rumah khusus untuk golongan bujang, baru berkahwin

KUALA SELANGOR, 13 SEPT: Kerajaan Selangor akan membina rumah satu dan dua bilik untuk disewakan kepada golongan bujang serta baru mendirikan rumah tangga.

Dato’ Menteri Besar berkata pembinaan rumah tersebut dicadangkan di kawasan Petaling Jaya, Subang Jaya, Ampang dan Shah Alam.

Tambah Dato’ Seri Amirudin Shari rumah berkenaan akan dikendalikan sepenuhnya Kerajaan Negeri bagi mengelak golongan yang tidak layak memohon rumah berkenaan.

“Kita tak nak taraf dan kualiti hidup terjejas apabila keluarga yang mempunyai enam anak mmeohon rumah ini kononnya untuk berjimat.

“Kita mahu berikan kepada yang bujang, baru berkahwin atau baru mempunyai seorang anak untuk duduki,” katanya.

Amirudin berkata demikikan pada majlis penyerahan kunci kepada 10 pembeli rumah kos rendah Taman Sungai Yu Indah di sini, semalam.


Pengarang :