AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Seldec tawar potongan harga RM5, hantar percuma sepanjang September

SHAH ALAM, 5 SEPT: Orang ramai berpeluang menikmati diskaun dan penghantaran percuma bila berbelanja di aplikasi Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) sepanjang bulan ini.

Agensi itu menerusi poster di Facebook memaklumkan, pembeli layak menerima potongan RM5 untuk setiap pembelian RM60 ke atas dengan memasukkan promokod SEPT5.

Selain itu, promosi yang berakhir 30 September juga menawarkan penghantaran percuma kepada setiap pembelian RM70 ke atas.

“Cepat, peluang untuk anda mendapatkan promosi sepanjang September 2022 ini dengan pelbagai diskaun dan penghantaran percuma.

“Promosi tertakluk pada terma dan syarat. Layari segera https://marketplace.seldec.my/,” tulisnya.

Sejak dilancarkan Kerajaan Negeri pada 3 Oktober 2019, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my

Selain aneka sayuran segar, platform sama turut menawarkan pelbagai barangan runcit antaranya ayam, ikan, buah-buahan, telur, gula dan mi segera.


Pengarang :