Peserta mendengar taklimat sempena siri Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Perpustakaan Awam Daerah Gombak pada 5 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sertai taklimat kursus kemahiran untuk lepasan SPM di Sepang esok

SHAH ALAM, 7 SEPT: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa mengikuti hari terakhir Jelajah Pendidikan Selangor Penyayang di Sepang esok dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Program anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bertempat di Perpustakaan Jenderam Hilir.

Mereka yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan diri dan ibu bapa serta salinan keputusan SPM.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-3281 2621 atau mesej ke aplikasi WhatsApp di 019-3424 1111.

Isnin lalu, Pembantu Pentadbiran Pemasaran STDC berkata pihaknya menawarkan 10 kursus kemahiran yang mana biasiswa dan kemudahan asrama disediakan kepada pelajar yang layak.

Menurut Mohd Zuzaily, antara kursus yang ditawarkan termasuklah sistem komputer, automatif, elektrik, kulinari, pastri, terapi spa, dan jahitan fesyen.


Pengarang :