Pengunjung merakam gambar kenangan di mercu Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 6 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

SFV ditutup sementara pagi esok, buka semula jam 2 petang

SHAH ALAM, 9 SEPT: Selangor Fruit Valley (SFV) ditutup sementara pagi esok dan dibuka semula pada jam 2 petang.

Penutupan itu bagi memberi laluan kepada program berbasikal bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

“Sebarang kesulitan amat dikesali, harap maklum dan terima kasih,” maklum SFV di Facebook.

Terletak di Bestari Jaya, SFV membabitkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Tiket masuk ke SFV adalah RM10 untuk kanak-kanak, manakala RM15 bagi dewasa dengan percuma buah potong dan air kelapa.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel [email protected] atau [email protected].


Pengarang :