AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Siaran langsung anugerah sastera malam esok di SelangorTV

SHAH ALAM, 9 SEPT: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung malam anugerah Hadiah Sastera Selangor 2021 di The Saujana Hotel di sini esok.

Majlis yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari boleh disaksikan menerusi saluran YouTube SelangorTV dan Facebook MediaSelangor.

Dalam majlis itu, seramai 15 pemenang anugerah untuk kategori cerpen, puisi dan esei bakal membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM27,000.

Tiga pemenang utama setiap kategori membawa pulang tunai RM5,000 manakala empat penulis setiap kategori memenangi RM1,000.

Buku Si Pena V yang menghimpunkan karya pemenang 2020 dan 2021 juga dilancarkan. Turut diluncur, buku Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Tunku: Kelana Penuh Cinta dan Sejarah Selangor 1766-1939.

Program sejak 2015 ilham Amirudin ketika menjadi EXCO kebudayaan. Pemenang dipilih hasil penilaian karya yang terbit di Selangorkini, Dewan Sastera, Svara dan Tukang Puisi.


Pengarang :