Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama tetamu yang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Skim kesihatan, insurans usaha negeri lindungi rakyat memerlukan (VIDEO)

SHAH ALAM, 29 SEPT: Kesihatan dan perlindungan insurans antara perkara yang dijuangkan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan beban kehidupan rakyat memerlukan, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, usaha itu diterjemah menerusi pelaksanaan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) yang memanfaatkan enam juta rakyat dengan perlindungan keseluruhan RM60 bilion.

“Ini salah satu langkah yang menunjukkan kesihatan dan perlindungan insurans merupakan satu hal yang patut dijuangkan oleh pihak pentadbiran negeri.

“Dengan jumlah insurans RM10,000 seorang, ia benar-benar mengurangkan beban kehidupan mereka yang memerlukan,” katanya di Facebook hari ini.

Pada 30 Ogos, Amirudin memaklumkan seramai enam juta rakyat bakal menerima perlindungan insurans am berkumpulan dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Beliau menjelaskan inisiatif ditawar kepada penduduk dari usia 30 hari ke 80 tahun yang akan menerima perlindungan RM10,000 untuk kematian, kemalangan dan kecederaan mengikut jenis.

Skim tersebut boleh dimohon menerusi pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran tempat tinggal masing-masing mulai 1 Oktober.

                                                               


Pengarang :