Aksi Siti Natasha Mohd Basri yang menyumbang pingat emas ke enam buat kontinjen Selangor di Arena BMX Nasional, Nilai. Foto Facebook MSN Selangor
AGENDASUKANKINI

SUKMA: Atlet berbasikal hadiah emas keenam buat Selangor

SHAH ALAM, 18 SEPT: Atlet berbasikal menghadiahkan emas keenam buat kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor melalui Instagram memaklumkan pingat tersebut disumbangkan Siti Natasha Mohd Basri yang beraksi bagi acara BMX wanita di Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan.

Semalam, pasukan karate lelaki menyumbang pingat emas kelima buat kontinjen negeri dalam acara kumite di Pusat Sukan UiTM di sini.

Selangor juga meraih dua pingat emas yang disumbangkan Ayzek Hakimi Safingan dalam acara petanque dan Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri bagi acara memanah.

Emas pertama disumbangkan atlet wusyu Mandy Cebelle Chen, pingat emas kedua menerusi M Gogulnath dalam acara kumite kategori individu lelaki bawah 75 kilogram.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.


Pengarang :