Skuad bola sepak Selangor melangkah ke separuh akhir Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 selepas menewaskan Pahang 7-6 menerusi sepakan penalti di Stadium Arena Universiti Malaya, pada 19 September 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA: Skuad bola sepak Selangor mara ke separuh akhir

SHAH ALAM, 19 SEPT: Skuad bola sepak Selangor melangkah ke separuh akhir Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 selepas menewaskan Pahang menerusi sepakan penalti di Stadium Arena Universiti Malaya, petang tadi.

Selangor FC menerusi Facebook memaklumkan kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi 90 minit masa permainan sebelum Selangor menang 7-6 menerusi penalti.

“Pasukan Selangor berjaya menewaskan pasukan Pahang menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan.

“Selangor dijadualkan menentang Terengganu pada hari Rabu ini di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Selangor berjaya mengungguli kedudukan tempat pertama kumpulan A selepas menang 2-0 menentang Perak, menang 1-0 dengan Negeri Sembilan dan seri 1-1 dengan Wilayah Persekutuan sekali gus mara ke suku akhir.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.

 


Pengarang :