DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengaminkan doa selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 22 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Sultan berkenan rasmi Masjid Putra Height, antara terbesar di Petaling

SUBANG JAYA, 22 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan merasmikan Masjid Putra Height, di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenaan menunaikan solat Maghrib dan Isyak selain menyertai majlis santapan bersama lebih 500 jemaah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut mengiringi Baginda.

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menandatangani plak perasmian sempena Majlis Perasmian Masjid Putra Height, Subang Jaya pada 22 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Masjid Putra Height mula dibina syarikat kontraktor Mizura Bhd pada November 2017 dan siap sepenuhnya pada April lalu melibatkan kos melebihi RM20 juta.

Bangunan dua tingkat yang mampu menampung kira-kira 5,000 jemaah dalam satu-satu masa dilengkapi dewan serbaguna sekali gus menjadikannya antara masjid terbesar di daerah Petaling.


Pengarang :