Reka bentuk Museum Of The Future dilengkapi kaligrafi puisi nukilan Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor kagum reka bentuk bangunan Museum Of The Future

SHAH ALAM, 4 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat Museum Of The Future yang terletak di Financial District, Dubai, UAE baru-baru ini.

Selangor Royal Office menerusi Facebook mamaklumkan lawatan berkenaan diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Selangor bertitah Baginda amat kagum dan tertarik dengan reka bentuk luar bangunan muzium berkenaan yang dilengkapi kaligrafi puisi nukilan Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin tekun mendengar penerangan ketika lawatan ke Museum Of The Future yang terletak di Financial District, Dubai, UAE baru-baru ini, Foto Facebook Selangor Royal Office

Bahagian dalam bangunan setinggi tujuh tingkat menempatkan ruang pameran untuk ideologi inovatif, interaktif dan futuristik serta menampilkan kecerdasan buatan. dibuka secara rasmi pada 22 Februari tahun ini.

Antara nukilan yang menarik perhatian Baginda adalah: “We won’t live for hundreds of years, but we can create something that will last for hundreds of years.”

 


Pengarang :