EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim (tengah) menyaksikan Majlis memorandum memorandum perjanjian di antara wakil Pengarah Urusan Aerovion Rusilawati Mohd Noor (dua,kanan) dan Timbalan Ketua Pegawai Komersial CATC Marek Jechumtal (dua,kiri) Presiden Kelab Rakan Udara Malaysia Azhar Selamat (dua,kiri) sempena Pameran Udara Selangor 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 10 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Syarikat tempatan, Pusat Latihan Penerbangan Czech meterai MoA di pameran udara negeri

SHAH ALAM, 10 SEPT: Syarikat latihan dan perkhidmatan penerbangan tempatan Aerovion mengetuai majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama Pusat Latihan Penerbangan Czech (CATC) syarikat dari Republik Czech di Pameran Udara Selangor 2022 (SAS 2022) hari ini.

Majlis yang berlangsung pagi tadi menyaksikan Pengarah Urusan Aerovion Rusilawati Mohd Noor mewakili syarikat itu manakala CATC pula diwakili Timbalan Ketua Pegawai Komersialnya Marek Jechumtal.

Majlis menandatangani itu disaksikan Penasihat Kehormat Aerovion Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah serta EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari Idris.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad Dato’ Hasan Azhari Idris (kiri) menyaksikan Majlis memorandum persefahaman di antara Presiden Kelab Rakan Udara Malaysia Azhar Selamat (dua,kiri) dan Presiden Persekutuan Penerbangan Sukan Malaysia (MSAF), Nuhaqimy Ismail (kanan) sempena Pameran Udara Selangor 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 10 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Selain itu, turut berlangsung tiga memorandum persefahaman (MoU) antara Persekutuan Penerbangan Sukan Malaysia (MSAF) dengan Seniman Malaysia, Kelab Rakan Udara Malaysia dan Aerospace Solution Sdn Bhd.

MSAF diwakili Presidennya Nurhaqimy Ismail dan Naib Presiden Kanannya Mohamad Fadzli Abd Aziz sementara Persatuan Seniman Malaysia diwakili Presidennya Rozaidi Abdul Jamil, Azhar Selamat selaku presiden mewakili Kelab Rakan Udara Malaysia dan Aerospace Solutions Sdn Bhd diwakili pengasasnya Michael John Creed.

SAS 2022 dijadual berlangsung di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC) di sini bermula sejak kelmarin hingga hari ini.

Antara syarikat mengesahkan penyertaan dalam SAS 2022 adalah Dassault Aviation, Systematic Aviation Services Sdn Bhd dan Superb Access Solutions Sdn Bhd.

Edisi pertama SAS diadakan pada 25 hingga 27 November tahun lalu menarik pelaburan sehingga RM100 juta dengan 12 MoU bersama subsektor industri aeroangkasa dimeterai.


Pengarang :