Peserta wanita Helang Hikers Team Selangor bergambar kenangan selepas menawan Puncak Gunung Yong Yap dan Gunung Yong Belar. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

Team Selangor pelawa wanita sertai aktiviti pendakian gunung Sungai Batangsi

SHAH ALAM, 29 SEPT: Team Selangor mempelawa orang ramai menyertai aktiviti pendakian menerusi program Jelajah Ekspedisi di Sungai Batangsi, Semenyih hujung minggu ini.

Selain memberi latihan, Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata ekspedisi itu juga dapat meningkatkan penghayatan kepentingan alam sekitar kepada peserta.

“Ekspedisi Jelajah di Sungai Batangsi kali ini merupakan medan latihan buat para peserta dengan pendekatan mentor mentee antara pendaki baru dan lama.

“Ekspedisi ini adalah kesinambungan daripada bengkel asas pendakian yang lalu bagi memberi suatu pengalaman yang realistik kepada peserta,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, peserta dihadkan kepada 21 orang wanita sahaja dan peserta hendaklah membawa peralatan pendakian dan keperluan bermalam sendiri.

Manakala permit, bimbingan dan tapak perkhemahan ditanggung oleh pihak Team Selangor.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan bit.ly/HelangBatangsi atau maklumat lanjut boleh hubungi Izzati 011-37065696.


Pengarang :