AGENSISELANGOR

Teater terbuka Masahoro Opu Raja Siti di Taman Tasik Shah Alam hujung minggu ini

SHAH ALAM, 6 SEPT: Majlis Teater Negeri Selangor (MTS) mempelawa orang ramai menonton persembahan Teater Perdana Negeri Selangor: Masahoro Opu Raja Siti (MORS) di Taman Tasik Shah Alam hujung minggu ini.

Teater karya dan arahan Sharul Titis dengan konsep pementasan terbuka di perkarangan Galeri Shah Alam dijadual bermula jam 8.30 malam dan terhad kepada 150 tempat.

“Pass masuk adalah dengan sumbangan. Hanya 150 pass disediakan untuk setiap pementasan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau WhatsApp di talian 010-841 7161,” menurut MTS di Facebook.

Menerusi hantaran sama, MTS memaklumkan MORS merupakan selingan dari sejarah Selangor mengenai OPU Raja Siti, iaitu wanita pertama yang menjadi Yang Di Pertuan Negeri Selangor sekitar 1723.

“Dalam sepakatan Raja-Raja ataupun Daeng-daeng dalam gelaran ketika itu, bagi keturunan Bugis, perlantikan ini berlaku selepas kemangkatan kekandanya Arong Pasarai iaitu Yang Di Pertuan Negeri Selangor yang pertama.

“Namun hal tersebut sangat ditentang oleh Daeng Mateko di atas sebab dendam dan kuasa. Atas kekuatan ketenteraan dan keperibadian Raja Siti itu sendiri, segala tentangan dapat di atasi,” jelasnya lagi.


Pengarang :