DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tiga dari kiri) berkenan berangkat ke majlis perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Putrajaya pada 26 September 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Tengku Permaisuri berangkat ke simposium tekstil tradisional ASEAN

SHAH ALAM, 27 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke majlis perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 di Putrajaya semalam.

Menurut Selangor Royal Office, simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja dengan kerjasama Kraftangan Malaysia dan Institut Kraf Negara berlangsung selama enam hari bermula 25 September.

Katanya di Facebook, majlis disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah; Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya.


Pengarang :