Pemain badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia. Foto Facebook BAM
AGENDANASIONAL

Terima ugutan peminat fanatik badminton, pengulas sukan lapor polis

SHAH ALAM, 1 SEPT: Seorang pengulas sukan stesen televisyen swasta membuat laporan polis selepas menerima ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara.

Ketua polis daerah Shah Alam berkata lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira jam 1 pagi semalam, lapor Berita Harian.

“Pengadu itu menerima mesej melalui laman Instagram ‘antimediababi’ yang berbaur ugutan pada 27 Ogos lalu.

“Pengadu membuat laporan polis kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada dia sekeluarga,” kata Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Menurut beliau siasatan awal mendapati pengulas sukan berkenaan menyentuh mengenai kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zhi Jia ketika mengulas dalam rancangan Nindia Pak Long.

“Kes diklasifikasikan mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Hadi di talian 016-2745515,” kata Mohd Iqbal.


Pengarang :