Petugas Kesihatan Selcare mencatat maklumat peribadi orang awam sebelum membuat ujian saringan Covid-19 di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Tiga klinik kesihatan di Selangor beroperasi lebih masa

SHAH ALAM, 26 SEPT: Tiga klinik kesihatan awam di tiga daerah negeri ini menyediakan perkhidmatan lebih masa (extended hour) termasuk hujung minggu sejak 6 Julai lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan tiga pusat kesihatan terlibat ialah Klinik Kesihatan (KK) Pandamaran di Klang, KK Kajang (Hulu Langat) dan KK Taman Ehsan (Gombak).

Menurut info grafik di Facebook, KK Pandamaran dan Taman Ehsan beroperasi mulai jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Sabtu dan Ahad, manakala khidmat diteruskan sehingga 9 malam pada hari biasa.

Sementara itu, KK Kajang juga beroperasi pada masa yang sama pada hujung minggu tetapi perkhidmatannya tidak disambung sehingga malam.

Mengikut kemas kini JKNS, ketiga-tiga klinik itu tidak dibuka pada hari kelepasan am dan cuti umum.


Pengarang :