AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tonton siaran langsung anugerah hadiah sastera 10 September

SHAH ALAM, 7 SEPT: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung malam anugerah Hadiah Sastera Selangor 2021 di The Saujana Hotel di sini pada 10 September.

Majlis yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari boleh disaksikan menerusi saluran YouTube SelangorTV dan Facebook MediaSelangor.

Tiga pemenang utama kategori cerpen, puisi dan esei bakal membawa pulang tunai RM5,000 manakala empat penulis setiap kategori memenangi RM1,000.

Buku Si Pena V yang menghimpunkan karya pemenang 2020 dan 2021 juga dilancarkan pada majlis itu. Turut diluncur, buku Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Tunku Kelana Penuh Cinta dan Sejarah Selangor, semua terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Program sejak 2015 hasil ilham Amirudin ketika menjadi EXCO kebudayaan. Pemenang dipilih hasil penilaian panel juri bebas terhadap karya yang tersiar dalam portal dan akhbar Selangorkini.


Pengarang :