Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 9 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan tujuh daerah sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Manakala negeri lain pula adalah Perak di Hilir perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Semblan (Jelebu, Seremban dan Jempol) serta Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Situasi di Sarawak pula melibatkan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat), Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang Selain Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Baluran dan Sandakan) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :