Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada 26 September 2022. Foto Twitter Yusuf al-Qaradawi
AGENDANASIONAL

Ulama tersohor Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

DOHA, 26 SEPT: Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada Isnin pada usia 97 tahun, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya.

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang berpangkalan di Doha turut mengesahkan mengenai berita sedih pemergian ulama itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir yang berpangkalan di Qatar, ialah pengasas IUMS.

— BERNAMA


Pengarang :