AGENSISELANGOR

Wakaf Selangor ajak orang ramai berwakaf melalui DuitNow QR

SHAH ALAM, 30 SEPT: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengajak orang ramai memanfaatkan kemudahan berwakaf dengan kaedah lebih pantas dan selamat menerusi DuitNow QR.

Agensi itu memaklumkan pewakaf layak mendapat potongan cukai bawah subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Manfaatkan peranti pintar anda dengan berwakaf melalui aplikasi perbankan atau e-wallet. Cuma scan je (DuitNow QR),” tulisnya di Facebook.

Menerusi kaedah itu, pewakaf hanya perlu membuka aplikasi e-dompet seperti Boost, GrabPay, Touch n Go dan ShopeePay sebelum mengimbas kod QR yang terdapat di laman sesawang, Facebook dan Instagram PWS.

PWS memaklumkan pewakaf juga boleh menyimpan gambar kod QR di dalam telefon bimbit untuk membuat sumbangan wakaf seterusnya pada bila-bila masa.

Pewakaf juga boleh mendapatkan resit semudah tiga langkah:

  • tangkap layar bukti transaksi wakaf
  • nama penuh (individu/syarikat), nombor kad pengenalan/syrikat, nombor telefon dan alamat lengkap
  • emel ke [email protected]

Pengarang :