Wakil rakyat Tanjong Sepat Borhan Aman Shah bergambar kenangan bersama atlet perahu layar kontinjen Majlis Sukan Sekolah Selangor di Pantai Batu Laut pada 3 September 2022. Foto Facebook PKM DUN Tanjong Sepat
ADNSELANGOR

Wakil rakyat beri kata semangat kepada atlet perahu layar Selangor

SHAH ALAM, 4 SEPT: Wakil rakyat Tanjong Sepat meluangkan masa bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada atlet perahu layar kontinjen Majlis Sukan Sekolah Selangor di Pantai Batu Laut semalam.

Borhan Aman Shah turut mendoakan atlet muda perahu layar Selangor itu beroleh kejayaan dalam Kejohanan Pelayaran MSSM 2022 yang akan berlangsung di Port Dickson nanti.

Malah, beliau juga bercadang memberi sumbangan wang tunai kepada atlet berkenaan sekiranya berjaya mengharumkan nama Selangor dalam kejohanan itu.

“Kita mesti menang, balik berjaya kita akan bincang dengan pihak Persatuan Sukan Layar Selangor dan jurulatih untuk beri sedikit sumbangan wang tunai kepada adik-adik.

“Terima kasih memberi peluang bertemu atlet-atlet muda Selangor dan ibu bapa bagi memberi motivasi untuk membangkitkan semangat kepada anak-anak yang akan ke kejohanan itu nanti,” katanya.


Pengarang :