Pengunjung membuat persiapan awal dengan memilih pakaian untuk digayakan sempena perayaan Deepavali ketika tinjauan di Little India, Klang pada 25 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Sungai Ramal agih 450 baucar RM100 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 27 SEPT: Sebanyak 450 baucar bernilai RM100 diagih kepada keluarga Hindu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal sempena perayaan Deepavali bulan depan.

Wakil rakyat Mazwan Johar berkata inisiatif Jom Shopping Raya diserahkan pada 16 Oktober di Econsave Jalan Reko, Kajang.

“Semua penerima sudah dikenal pasti, mereka merupakan keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya.

“Bantuan sebagai langkah meringankan beban belanja dalam melengkapkan keperluan perayaan Deepavali,” katanya kepada SelangorKini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.


Pengarang :