Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal Mazwan Johar menyerahkan bantuan penyembur air (water jet) kepada salah seorang daripada 98 keluarga mangsa banjir di Kampung Bangi pada 23 September 2022. Foto ADN SUNGAI RAMAL
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Warga Sungai Ramal terima penyembur air bersihkan rumah pascabah

SHAH ALAM, 28 SEPT: Seramai 98 keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Bangi, Sungai Ramal pada Ogos lalu menerima bantuan penyembur air (water jet) daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) pada Jumaat lepas.

Mazwan Johar berkata bantuan berkenaan adalah inisiatif pihaknya dengan menggunakan peruntukan ADN dengan hampir RM20,000 bagi membeli peralatan berkenaan.

Katanya, ia bagi memudahkan mangsa membersihkan rumah masing-masing berikutan kawasan berkenaan kerap dilanda banjir kilat.

“Sejak menjadi wakil rakyat di sini boleh dikatakan dalam setahun pasti akan berlaku banjir di kawasan ini dan kita melakukan pelbagai perkara untuk mengatasinya.

“Pembersihan kawasan sungai, kolam tadahan telah dilakukan namun ia masih berlaku,” katanya kepada SelangorKini.

Justeru itu, katanya, pelbagai gesaan dilakukan pihaknya bagi memastikan masalah banjir itu dapat diatasi.

“Kita difahamkan peruntukan RM7 juta akan disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat projek tebatan banjir di kawasan berkenaan, kita harap ia dapat disegerakan bagi mengelak dari kejadian sama berulang,” katanya.


Pengarang :