Orang ramai beriadah di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor pada 11 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

1,291 kes baharu, tiga kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 12 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal bawah 2,000 kes dengan 1,291 kes baharu direkodkan semalam, menurut data KKMNOW.

Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,857,508 kes dengan 21,863 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 20,897 kes menjalani kuarantin di rumah, 920 kes dirawat di hospital, 46 kes di unit rawatan rapi (ICU) namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Data menunjukkan tiga kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,406 orang.


Pengarang :