Pusat Khidmat DUN Permatang membuka kaunter pendaftaran Program Insurans Am Selangor(INSAN)ketika program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Kg Bestari Jaya. Foto Facebook ADN Permatang
ADNBERITA UTAMASELANGOR

300 penduduk DUN Permatang daftar insurans percuma negeri

SHAH ALAM, 30 OKT: Kira-kira 300 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang mendaftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) setakat semalam, kata wakil rakyatnya.

Rozana Zainal Abidin berkata pusat khidmat masyarakat DUN Permatang akan terus membantu penduduk mendaftar menerusi kaunter yang dibuka dalam program masyarakat dianjurkan.

“Setakat ïni permohonan secara dalam talian dan ramai juga yang dah mohon sendiri. Anggaran pada saya yang baru mendaftar dalam 300 peserta.

Petugas Pusat Khidmat DUN Permatang diketuai Hafiz Darusman mendaftarkan penduduk untuk Program Insurans Am Selangor(INSAN), ketika program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di Kg Bestari Jaya. Foto Facebook ADN Permatang

“Kita akan bantu penduduk mendaftar dan tunjuk langkah-langkah untuk mendaftar supaya memudahkan mereka,”katanya ketika dihubungi.

Pada 23 Oktober lalu, Kerajaan Negeri melancarkan INSAN sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Klang di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar, skim insurans percuma yang memberi perlindungan kepada enam juta rakyat dengan kos premium ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari yakin sasaran satu juta rakyat berdaftar bawah skim berkenaan mampu dicapai susulan lebih 40,000 sudah berdaftar sejak dibuka pada 1 Oktober.


Pengarang :