Ahli Dewan Negeri Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud menyantuni sebahagian daripada 350 keluarga India yang menerima manfaat baucar Jom Shooping Deepavali RM100 di pasaraya Giant Seri Kembangan, Subang Jaya pada 8 Oktober 2022. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Seri Serdang
ADNBERITA UTAMASELANGOR

350 keluarga India terima baucar beli-belah RM100 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 17 OKT: Seramai 350 keluarga India berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang menerima baucar beli-belah RM100 sempena Deepavali baru-baru ini.

Bertempat di pasaraya Giant Seri Kembangan, agihan dan pembelian dibuat serentak kepada penerima oleh wakil rakyatnya Dr Siti Mariah Mahmud.

“Semoga sumbangan RM100 dapat meringankan beban setiap keluarga terlibat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali,” katanya di Facebook.

Sebahagian daripada 350 keluarga India membeli barangan keperluan menyambut Deepavali menggunakan baucar Jom Shooping RM100 di pasaraya Giant Seri Kembangan, Subang Jaya pada 8 Oktober 2022. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Seri Serdang

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping bagi semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :