Izham Hashim menyerahkan sumbangan ayam, tepung maruku dan rempah kari kepada 500 penduduk DUN Pandan Indah pada 23 Oktober 2022. Foto Facebook Izham Hashim
ADN SELANGOR

ADN Pandan Indah sumbang keperluan Deepavali kepada 500 penduduk

SHAH ALAM, 24 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah menyerahkan sumbangan kepada 500 masyarakat India sempena sambutan Deepavali semalam.

Ir Izham Hashim menerusi Facebook memaklumkan bantuan itu diagihkan menerusi Program Prihatin Deepavali.

“Saya menyerahkan sumbangan ayam, tepung maruku dan rempah kari kepada 500 penerima di sini.

“Jelas terpancar wajah kegembiraan mereka. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban menyambut perayaan Deepavali,” katanya.

Sempena Deepavali, Kerajaan Negeri mengadakan sambutan peringkat negeri di Jalan Tengku Kelana, Klang semalam.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Deepavali itu dengan diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau.

Lebih 1,000 masyarakat India hadir memeriahkan sambutan Deepavali pada kali ini setelah tidak menyambutnya sejak dua tahun susulan Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :