Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2021 di Istana Negara pada 13 Nov 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.

Seri Paduka berdua menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut hantaran tersebut.

-BERNAMA


Pengarang :