Pelajar tahfiz mengalun selawat dan qasidah sempena program Sabak Berselawat di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Alunan qasidah, forum Islam meriahkan program Sabak Berselawat

SABAK BERNAM, 15 OKT: Selawat dan alunan qasidah bergema di Stadium Sungai Besar di sini malam tadi sempena program Sabak Berselawat.

Program anjuran Kerajaan Negeri sempena Jelajah Selangor Penyayang disertai hampir 200 pelajar tahfiz Kampung Panchang Bedena dan komuniti setempat.

Acara dimulakan dengan persembahan qasidah dan selawat oleh pelajar tahfiz kira-kira 30 minit.

Pelakon Yana Samsuddin mengendalikan forum bertajuk ‘Ekonomi Manusiawi, Mudahnya Menjemput Rezeki’ sempena program Sabak Berselawat di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 14 Oktober 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Program kemudian diteruskan dengan forum bertajuk ‘Ekonomi Manusiawi, Mudahnya Menjemput Rezeki’ yang dikendalikan pelakon Yana Samsuddin.

Forum itu turut menampilkan penceramah Fakhrurrazi Hussin, Ahmad Syukri Yusoff dan perunding kewangan Shamsuddin Abd Kadir.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Hal Ehwal Agama Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Ahli Dewan Negeri Sabak Ahmad Mustain Othman dan ADN Sungai Panjang Dato’ Mohd Imran Tamrin.


Pengarang :