AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 14 OKTOBER: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling serta Hulu Langat hingga 6 petang.

Agensi tersebut meramalkan cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :