Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Hulu Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 23 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama juga diramal di Perak meliputi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan DAtuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Negeri Sembilan (Port Dickson dan Rembau) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).

Manakala Sarawak di Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang selain Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :