AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 8 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingga jam 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan, cuaca sama diramal melanda beberapa kawasan Perak, Pahang dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :