AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat lima daerah di Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 30 OKT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda beberapa Perak (Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Hujan lebat juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih


Pengarang :