AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut di Lembah Klang hingga 11 malam

SHAH ALAM, 7 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Lembah Klang hingga jam 11 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca tersebut diramal melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan semua negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :