Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Amirudin Shahri meyaksikan pemberian sumbangan cek cura Menteri Besar Incorporated atau Pemerbadanan Selangor ketika Majlis pembukaan Karnival Sukan Seksem ke-8 2022 di Stadium Panasonic, Shah Alam pada 25 Oktober 2022. oto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anak syarikat negeri Selangor taja lebih RM400,000 jayakan SUKSEM

SHAH ALAM, 26 OKT: Lebih RM400,000 disumbangkan anak syarikat Kerajaan Negeri dalam penganjuran Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri SeMalaysia (SUKSEM) edisi kelapan bermula semalam.

Antara agensi yang menyumbang Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebanyak RM205,000; Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan InfraSel (RM200,000) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (RM30,000).

Turut menyumbang KDEB Waste Management (RM10,000); Landasan Lumayan Sdn Bhd (RM5,000), tajaan pasukan perubatan dan ambulans oleh Selcare Management Sdn Bhd selain Gamuda Land (RM10,000).

Dato’ Menteri Besar ketika berucap merasmikan berkata kejohanan itu membabitkan pelbagai pihak dan agensi strategik bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“SUKSEM ini turut membabitkan Majlis Sukan Negeri Selangor, Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Persatuan-Persatuan Sukan Negeri dan pelbagai lagi syarikat,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

SUKSEM yang pertama kali dianjurkan di Selangor melibatkan hampir 2,000 atlet serta pegawai dari 12 kontinjen seluruh negara.

Sepanjang lima hari kejohanan, peserta terdiri dalam kalangan kakitangan SUK bersaing 10 acara sukan antaranya bola sepak, badminton, sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.


Pengarang :