Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan Malam pengumuman calon KEADILAN di Padang MPAJ, Taman Kosas, Ampang pada 28 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Anwar sah bertanding di Tambun, Rafizi kembali ke Pandan

SHAH ALAM, 28 OKT: Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding di kerusi Parlimen Tambun manakala timbalannya Rafizi Ramli kembali ke Parlimen Pandan.

Pengerusi KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Dato’ Menteri Besar pula bertanding di Gombak manakala Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mempertahan kerusi Port Dickson yang disandang Anwar.

Selain mereka, berikut senarai 72 calon yang diumumkan mengikut negeri:

SELANGOR

Ampang – Rodziah Ismail
Selayang – Wiliam Leong (penyandang)
Subang – Wong Chen (penyandang)
Kapar – Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid (penyandang)
Sungai Besar – Saipolyazan Mat Yusop
Kuala Langat – Manivanan Gowin
Hulu Selangor – Dr Sathia Prakash Nadarajan
Sungai Buloh – Ramanan Ramakrisnan
Petaling Jaya- Lee Chean Chung

NEGERI SEMBILAN

Rembau – Jufitri Joha
Kuala Pilah – Noor Azman Mohamad

PAHANG

Jerantut – Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
Indera Mahkota – Zuraidi Ismail
Kuantan – Fuziah Salleh (penyandang)
Pekan – Mohd Naim Zainal Abidin
Bera – Abas Awang
Rompin – Erman Shah Jaios

PERAK

Lenggong – Datuk Jurey Latiff Mohd Rosli
Bagan Serai – Siti Aishah Shaik Ismail
Padang Rengas – Muhammad Kamil Abdul Munim
Gopeng – Tan Kar Hing
Pasir Salak – Nik Omar Nik Abdul Aziz
Bagan Datuk – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin
Tanjong Malim – Chang Lih Kang (penyandang)

JOHOR

Segamat – Yuneswaran Ramaraj
Sekijang – Dr Zaliha Mustapha
Pagoh – Iskandar Shah Abd Rahman
Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh (penyandang)
Batu Pahat – Onn Abu Bakar
Simpang Renggam – Dr Maszlee Malek (penyandang)
Tenggara – Zuraidah Zainab Mohd Zain
Tebrau – Jimmy Puah Wee Tse
Pasir Gudang – Hassan Karim (penyandang)
Johor Baharu – Akmal Nasrullah Mohd Nasir (penyandang)
Pontian – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Batu – Prabakaran a/l M Parameswaran (penyandang)
Wangsa Maju – Zahir Hassan
Setiawangsa – Nik Nazmi Nik Ahmad (penyandang)
Lembah Pantai – Fahmi Fadzil (penyandang)
Bandar Tun Razak – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Putrajaya – Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz

KELANTAN

Pasir Mas – Datuk Husam Musa
Bachok – Nor Azmiza Mamat
Ketereh – Rahimi L Muhamud
Tanah Merah – Mohamad Suparadi Md Noor
Machang – Dr Rosli Allani Abdull Kadir
Gua Musang – Asharun Uji

PULAU PINANG

Permatang Pauh – Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Nibong Tebal – Fadhlina Sidek
Bayan Baru Sim Tze Tzin (penyandang)
Balik Pulau – Mohamad Bakhtiar Wan Chik (penyandang).

KEDAH

Kulim Bandar Baharu – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (penyandang)
Jerlun – Mohamed Fadzil Mohd Ali
Kubang Pasu – Mohd Aizuddin Ariffin
Alor Star – Simon Ooi Tze Min
Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (penyandang)
Pendang – Zulkifly Mohamad
Merbok – Nor Azrina Surip
Sungai Petani – Mohammed Taufiq Johari
Padang Serai – Karupaiya a/l Mutusami (penyandang)

TERENGGANU

Setiu – Mohamad Ngah
Hulu Terangganu – Alias Ismail
Dungun – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad
Kemaman – Hasuni Sudin

MELAKA

Tangga Batu – Rusnah Aluai
Hang Tuah Jaya – Adam Adli Abd Halim

PERLIS

Arau – Fathin Amelina Fazlie
Kangar – Noor Amin Ahmad (penyandang)

Dalam majlis pengumuman calon di Taman Kosas, Ampang malam ini, mereka turut menandatangani bon aku janji, persetujuan pemulangan yuran deposit pencalonan dan persetujuan pemotongan elaun wakil rakyat.

Buat pertama kali, semua calon parti itu bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan, berbeza daripada 2018 sewaktu gabungan tersebut belum diluluskan.

Calon-calon KEADILAN untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan masing-masing di Kota Kinabalu dan Miri minggu depan.


Pengarang :