Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau persiapan orang ramai menyambut Deepavali di Little India, Klang pada 21 Oktober 2022. Foto YUISR YUS/SUARA KEADILAN
AGENDANASIONAL

Anwar: Sedia jumpa Tun M selagi berjuang tolak rasuah, perkauman

KLANG, 21 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada masalah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad selagi bekas perdana menteri itu berjuang menolak rasuah perkauman dan fahaman melampau.

“Tun M boleh jumpa, tiada masalah boleh bincang, tetapi selalu saya tekankan yang penting mengapa kita hendak lawan BN (Barisan Nasional) atau PN (Perikatan Nasional).

“…Dasar apa (lawan) iaitu tolak rasuah, perkauman dan fahaman melampau. Kalau itu yang direquest (diminta), saya tiada masalah,” katanya ditemui media selepas meninjau persiapan orang ramai menyambut Deepavali di Little India di sini, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata demikian ketika ditanya kemungkinan kerjasama dengan Dr Mahathir bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdahulu, Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) bersedia bertemu Anwar bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Mahathir berkata sekiranya perlu memulakan langkah untuk bertemu presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, beliau bersedia berbuat demikian demi mengalahkan kejahatan yang sangat merosakkan negara.


Pengarang :