Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi bual bicara sempena Majlis Pelancaran Buku SCRIPT – For A Better Malaysia di Dorset Grand Subang, Subang Jaya pada 2 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Anwar: Umno tidak wajar desak PM bubar parlimen

SUBANG JAYA, 2 OKT: Umno tidak wajar memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen kerana tiada majoriti.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya memiliki 38 daripada 222 kerusi parlimen ketika ini sekali gus tiada kuasa berbuat demikian.

“Umno ada 38 ahli parlimen, dalam sistem kita 38 ahli parlimen tidak boleh memaksa keputusan (pembubaran parlimen).

“Keputusan itu harus dibuat dengan wewenang (kuasa) perdana menteri sekiranya perdana menteri itu mempunyai kekuatan dan bertindak dengan waras sebagai perdana menteri,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku SCRIPT – For A Better Malaysia di Dorset Grand Subang di sini hari ini.

Terdahulu, ketua pembangkang diminta mengulas keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang membuat ketetapan supaya PRU diadakan tahun ini.

Berdasarkan keputusan itu, Ismail Sabri akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.


Pengarang :