Seorang penunggang motosikal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka ketika tinjauan sekitar Kuala Lumpur pada 2 Februari 2021. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Apa faedah rakyat dapat daripada Bajet 2023?

SHAH ALAM, 7 OKT: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet Persekutuan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan berciri pengembangan untuk mendepani cabaran ekonomi menumpukan empat agenda iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi dan institusi kerajaan.

Berikut sebahagian manfaat utama yang ditawarkan kepada orang ramai pelbagai golongan:

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

  • RM2,500 kepada isi rumah (lima orang anak atau lebih) dengan pendapatan bulanan kurang RM2,500
  • Bantuan antara RM500 hingga RM1,250 bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 (bergantung kepada bilangan anak)

Ibu atau bapa tunggal

  • Bantuan RM500 diteruskan untuk mereka yang mempunyai tanggungan

Warga emas

  • RM1 bilion untuk kebajikan warga emas

Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)

  • RM1.2 bilion bagi penjagaan pesakit kronik, elaun tidak upaya kerja dan elaun pekerja cacat
  • RM10 juta bagi baucar perjalanan melalui perkhidmatan e-panggilan

Inisiatif e-Pemula M40

  • Kredit e-dompet RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000

Bantuan belia

  • Kredit e-dompet RM200 sekali bayar kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa (21 tahun ke atas)
  • Tanggungan mendapatkan lesen teksi, bas dan e-panggilan
  • Tanggungan bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2
  • Pembiayaan modal dalam khidmat penghantaran menggunakan motosikal
  • Pakej prabayar dengan langganan pelan data internet RM30 untuk tiga bulan

Peruntukan bantuan awal persekolahan

  • Ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

    Murid-murid beratur membeli makanan pada hari pertama pembukaan sekolah ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Syed Idrus, Chemor pada 21 Mac 2022. Foto BERNAMA

Rancangan makanan tambahan

  • Peruntukan RM777 juta untuk memastikan 800,000 murid mendapat kandungan khasiat harian

Senggara dan baik pulih sekolah

  • RM1.1 bilion untuk menyelenggara dan membaik pulih sekolah

Biasiswa dan pinjaman pendidikan

  • RM3.8 bilion untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan

Inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

  • RM6.7 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET melalui Majlis TVET Negara

Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN

  • Khusus buat semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama

Isu kesihatan mental

  • RM8 juta untuk memperkukuh Pusat Sokongan Sosial Setempat bagi menangani kesihatan mental

Saringan kesihatan

  • RM11 juta untuk ujian mamogram dan saringan barah pangkal rahim

Dana usahawan wanita dan belia

  • RM235 juta bagi dana pembiayaan usahawan wanita dan RM305 juta untuk peniaga belia

Pengecualian cukai untuk wanita

  • Pengecualian cukai untuk wanita yang kembali bekerja atas pendapatan bagi taksiran 2023 hingga 2028
Kanak-kanak taska memulakan sesi pembelajaran ketika tinjauan di Tabika dan Taska Kemas Bunga Raya Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya pada 1 Julai 2020. Foto BERNAMA

Pengecualian cukai yuran taska dan tadika

  • RM3,000 pelepasan cukai yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

  • Bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada ibu (isi rumah penerima BKM) yang lahirkan anak pada 2023

Inisiatif MySTEP

  • Menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Inisiatif pas bulanan My50

  • Memanfaatkan hampir 180,000 pengguna pengangkutan awam

Insentif pesawah dan bantuan musim tengkujuh

  • Subsidi dan insentif RM1.8 bilion kepada pesawah, nelayan dan pekebun kecil
  • Bantuan musim tengkujuh RM256 juta untuk 320,000 pekebun kecil getah

Pengecualian duti setem

  • Pengecualian 100 peratus untuk pembelian rumah RM300,000 dan 75 peratus bagi rumah RM750,000 

Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

  • Subsidi RM150 juta untuk individu yang bekerja sendiri mendapat perlindungan Perkeso

Pengarang :