AGENSISELANGOR

Baitul Ehsan Mais tawar khidmat perlindungan, pemulihan akhlak wanita

SHAH ALAM, 2 OKT: Golongan wanita yang terjebak dengan gejala sosial dan masalah akidah boleh mendapatkan perkhidmatan perlindungan, pemulihan dan kaunseling dari Baitul Ehsan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Bertempat di Jalan Raja Chulan, Sabak Bernam, Baitul Ehsan turut menyediakan program pendidikan dan kerohanian seperti kelas fardu ain termasuk bimbingan solat dan pengajian al-Quran selain tuisyen PT3 dan SPM, kelas kemahiran jahitan, kraf tangan, masakan, ceramah agensi, kem dan seminar jati diri.

“Jangan buntu jangan keliru, insya-Allah kami cuba bantu. Hubungi kami segera, kami sedia menghulur bantuan pemulihan,” tulisnya di Facebook.

Syarat kemasukan (sukarela) seperti berikut:

  •  beragama Islam
  •  warganegara Malaysia
  •  pemohon atau ibu atau bapa atau penjaganya dilahirkan di Selangor
  •  masalah sosial atau aqidah berlaku dalam Selangor
  •  pemohon berumur 13 tahun atau pemohon telah tamat pendidikan sekolah rendah
  •  laporan polis untuk jalani pemulihan secara sukarela
  •  akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah
  •  kemuka laporan perubatan terkini daripada pegawai perubatan kerajaan atau swasta
  •  tiada mental atau rekod kesihatan mental (psikitrik)

Kemudahan yang disediakan termasuklah:

  • asrama
  • taska
  • bilik perubatan
  • perpustakaan
  • dobi
  • kantin
  • bilik kuliah
  • bilik lawatan keluarga
  • bilik seminar
  • tempat riadah

Mereka yang berhasrat mendapatkan perkhidmatan berkenaan boleh menghubungi Baitul Ehsan ditalian 03-3216 1286 atau layari www.mais.gov.my atau emailkan kepada [email protected]


Pengarang :