Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Klang pada 14 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bantu rakyat berjimat, jualan murah barangan dapur di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 7 OKT: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat bertempat di Jalan Rawang Kampung Melayu 16 (DUN Rawang), parkir dewan orang ramai Jalan Permata 4 (DUN Hulu Kelang), Dewan Kuning Kampung Tasik Tambahan (DUN Lembah Jaya) dan Taman Tasik Seri Serdang (DUN Seri Serdang).

Lokasi jualan murah turut diadakan di Dewan Melati Seksyen 7 (DUN Kota Anggerik), tapak pasar malam belakang Hotel De Palma (DUN Batu Tiga), Dewan MPK Pekan Meru (DUN Meru), Flat Bandar Bukit Tinggi 2 (DUN Sentosa) dan Puteri Central Park (DUN Kuang).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS

 

 

 

 


Pengarang :