Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerdanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor (kiri) menyampaikan tablet kepada pelajar (kanan) di Sekolah Agama Menengah (SAM) Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11, Shah Alam pada 28 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bantuan sekolah MBI dibuka mulai esok, mohon di pejabat DUN

SHAH ALAM, 31 OKT: Permohonan bantuan Kembali ke Sekolah bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada murid sekolah rendah dibuka mulai esok.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya memaklumkan inisiatif tunai bernilai RM100 diperuntuk kepada 300 penerima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Azri Zainal Nor berkata permohonan boleh dibuat di pejabat DUN berhampiran kediaman masing-masing sehingga hujung November dengan agihan dijangka awal Disember.

“Kali ini diutamakan kepada keluarga yang tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri seperti Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, tajaan Yayasan Warisan Anak Selangor atau Lembaga Zakat Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

 


Pengarang :