Orang ramai menunggu giliran untuk menerima suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dataran Santai @ Ampang Point, Ampang pada 16 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: 2,090 kes baharu, tiga pesakit meninggal dunia

SHAH ALAM, 14 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 2,090 kes semalam berbanding 1,628 kes kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara adalah 4,861,226 kes dengan 22,804 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 21,855 kes menjalani kuarantin di rumah, 916 kes dirawat di hospital dan 33 kes di unit rawatan rapi (ICU), namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Data menunjukkan tiga kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban di negara ini akibat pandemik sebanyak 36,410 orang.


Pengarang :