Orang ramai beriadah di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor pada 11 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 2,256 kes baharu, tiga kematian

SHAH ALAM, 22 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal paras 2,000 kes dengan 2,256 kes dicatatkan semalam.

Menurut data KKMNOW, negara merekodkan 2,561 kes pada 20 September dan 2,295 kes (19 Oktober).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara adalah 4,877,387 kes dengan  26,526 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 25,425 kes menjalani kuarantin di rumah, 1,054 kes dirawat di hospital dan 47  kes di unit rawatan rapi (ICU), namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Data menunjukkan tiga kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban di negara ini akibat pandemik sebanyak 36,440 orang.


Pengarang :