Petugas kesihatan mengekstrak sampel saringan Covid-19 bagi mengesahkan status kes di Institut Penyelidikan Perubatan, Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal bawah paras 2,000 kes, satu kematian

SHAH ALAM, 13 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini naik kepada 1,628 kes semalam berbanding 1,291 kes pada hari sebelumnya, menurut data KKMNOW.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara adalah 4,859,136 kes dengan 22,145 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 21,199 kes menjalani kuarantin di rumah, 905 kes dirawat di hospital, 41 kes di unit rawatan rapi (ICU) namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Data menunjukkan satu kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban di negara ini akibat pandemik sebanyak 36,407 orang.


Pengarang :