Pengunjung membeli barangan keperluan bagi persiapan menyambut perayaan Thaipusam di Little India, Klang pada 15 Januari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Deepavali: Jalan di Little India ditutup berperingkat enam hari

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Sebanyak empat jalan di sekitar Little India, Klang akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat mulai Rabu ini sehingga Isnin.

Polis Trafik Klang Selatan memaklumkan penutupan itu bagi memudahkan orang ramai membeli-belah di kawasan tersebut sempena sambutan Deepavali minggu depan.

“Pengguna jalan raya dikehendaki membuat perancangan dan mencari jalan alternatif yang lain bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,” tulisnya di Facebook.

Tarikh, masa dan jalan terlibat seperti berikut:

19 Oktober – Rabu
(6 petang hingga 12 tengah malam)
1. Jalan Tengku Kelana / Jalan Mohet (jalan sehala)

20 Oktober – Khamis
(12.01 pagi hingga 12 tengah malam)
1. Jalan Tengku Kelana / Jalan Mohet (jalan sehala)

21 Oktober – Jumaat
(3 petang hingga 12 tengah malam)
1. Jalan Tengku Kelana / Jalan Mohet (jalan sehala)
2. Persimpangan Jalan Dato’ Hamzah / Jalan Istana (Klinik Shahril)
3. Lorong Tingkat (hadapan Magnum)
4. Persimpangan Jalan Pegawai / Jalan Istana

22 Oktober – Sabtu
(12.01 pagi hingga 12 tengah malam)
1. Jalan Tengku Kelana / Jalan Mohet (jalan sehala)
2. Persimpangan Jalan Dato’ Hamzah / Jalan Istana (Klinik Shahril)
3. Lorong Tingkat (hadapan Magnum)
4. Persimpangan Jalan Pegawai / Jalan Istana

23 Oktober – Ahad

24 Oktober – Isnin
(12.01 pagi hingga 6 pagi)
1. Jalan Tengku Kelana / Jalan Mohet (jalan sehala)
2. Persimpangan Jalan Dato’ Hamzah / Jalan Istana (Klinik Shahril)
3. Lorong Tingkat (hadapan Magnum)
4. Persimpangan Jalan Pegawai / Jalan Istana

Pengarang :