Tong Roll On Roll Off (RORO) milik Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Foto Facebook MPS
PBTSELANGOR

Deepavali: MPHS sedia 30 tong sampah pukal bagi pelupusan barang

SHAH ALAM, 2 OKT: Sebanyak 30 tong Roll On Roll Off (RORO) disediakan bagi memudahkan penduduk membuang sampah pukal seperti perabut lama, barangan elektrik dan sampah kebun sempena Deepavali bulan ini.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata tong bersaiz 3 tan itu disediakan di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan beberapa kawasan tumpuan lain.

Menurut makluman di Facebook, perkhidmatan secara percuma itu akan bermula esok sehingga Sabtu ini secara berperingkat di lokasi yang akan disenaraikan.

“MPHS berharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar berada dalam keadaan bersih dan selesa,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan itu juga mengingatkan orang ramai tidak membuang sampah pepejal domestik seperti sisa makanan dan barangan mudah terbakar ke dalam tong berkenaan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1331 atau 03-6064 1050.


Pengarang :