Penyelaras DUN Jeram Nagmudin Hussain ketika ditemui Media Selangor sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Jeram di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, Kuala Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Jeram agih 600 baucar beli-belah RM100 sempena Deepavali

KUALA SELANGOR, 11 OKT: Hampir 600 baucar beli belah bernilai RM100 bakal diagih kepada keluarga India sekitar DUN Jeram sempena sambutan Deepavali hujung bulan ini.

Penyelaras DUN Nagmudin Hussain berkata bantuan meliputi 350 baucar Kerajaan Negeri manakala lebih 200 keping lagi disumbang Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Beliau (Dr Dzulkefly) sudah mengagihkan bantuan secara berperingkat manakala serahan dari Kerajaan Negeri dibuat pada Ahad ini di Econsave Alam Jaya.

“Semua penerima sudah dikenal pasti. Kita harap sumbangan ini bakal memeriahkan hari raya mereka,” katanya selepas meninjau program jualan murah di Dewan MDKS Desa Coalfield dekat sini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.

Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan dengan RM3.34 juta dikhaskan sempena Aidilfitri pada Mei.


Pengarang :